Assalamualaikum..blog ini dicipta setelah semua ahli VOICE AUCMS (Allianze Univercity College Of Medical Sciences) secara sebulat suara bersetuju untuk bersinergi dalan pementasan TEATER MUZIKAL MAHSURI yang akan dipersembahkan tidak lama lagi.Ini adalah julung kali warga AUCMS mempersembahkan 'semi-muzical theater'..Teater Mahsuri ini merupakan teater ke-3 selepas teater 'MENCARI JUWITA' dan 'KERUSI'.. ALHAMDULILLAH segalanya dapat dipersembahkan dengan BERJAYA..kami dari VOICE aucms berharap agar teater kali ini dapat diimplementasikan dengan lancar..
SINOPSIS 'MAHSURI'
Mahsuri membesar sama seperti anak-anak gadis yg tepi apa yang membezakannya dengan yang lain adalah kecantikan..cerita kecantikannya telah menarik minat pembesar Langkawi pada ketika itu..begitu juga dengan datin mahura isteri kepada pemerintah..datin Mahura berhasrat untuk menjodohkan Mahsuri dengan anakandanya Dato'seri pahlawan..
Dato' Seri pahlawan dikatakan anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Dato' Seri Pahlawan juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.
Maka dengan itu berlangsunglah pernikahan antara Mahsuri dengan Dato' Seri Pahlawan. Mereka berdua hidup bahagia.
Disangka panas hingga ke petang,alangkah malang hujan ditengah hari. kisah tragik bermula apabila che som iaitu isteri kepada dato' seri laksamana bimbang jika suaminya kembali terpaut kasih Mahsuri..Beliau juga cemburu dengan kepopularan Mahsuri..
Pelbagai tomahan dan usaha dibuat untuk menjatuhkan Mahsuri..Seraya dengan itu, Che Som telah mengambil peluang keemasan ketika ketiadaan Dato' Seri Pahlawan..Mahsuri telah difitnah bersedudukan dengan seorang penglipur lara..namanya Deramang..Deramang ialah seorang miskin yang telah berhijrah ke banyak tempat..Langkawi adalah tempat persinggahannya yang terakhir kerana disitulah dia telah dibunuh!!!!!
Mahsuri diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih.
Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan.
- Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
Kata-kata ini tepat sekali mengambarkan bahawa sifat dengki dan dendam merbahaya pada setiap individu..hasut,jealous atau apa saja yang membawa definisi sama umpama membakar kebaikan seperti api memakan kayu..
Oleh hal demikian,dengki adalah element utama yang menjadi 'penarik' bagi cerita ini. Angkara dengkilah MAHSURI dianaiya. Kerana dengkilah seorang pencerita yang tidak bersalah dihukum..
