Saturday, 18 June 2011

Usaha Semakin Membuahkan Hasil

Assalamualaikum..alhamdulllah perjalanan teater mahsuri berjalan dengan lancar..Poster dah siap..tiket sedang dijual..template pun dah siap..para pelakon semakin mantap memainkan watak masing2..
segala idea yang dicadangkan diteliti..pelbagai 'kejutan' bakal dipersembahkan.
Jadual LATIHAN semakin padat..komitmen begitu diperlukan disaat2 genting sebelum pementasan..
semua masalah yang timbul sedaya upaya kami atasi..

Thursday, 16 June 2011

~Sense of Responsibility~

Dari Abdullah bin Umar r.a, ia berkata ”saya mendengar rasulullah SAW, bersabda: ”setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas semua keluarganya. Seorang bawahan adalah pemimpin bagi harta majikannya, dan ia bertanggung jawab atas keselamatan dan keutuhan hartanya itu. Dan kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas segala yang dipimpinnya”. (H.R.Bukhari Muslim

Semua individu wajib mempunyai sikap tanggungjawab..tidak kiralah siapa kita..boss..pekerja..anak buah..manager...tukang sapu..apa2 jelah...ingat kita hidup bermasyarakat..Tamsilannya dalam sebuah produksi..bab kata budak2 zaman metropolitan kini jangan terlalu 'GK' or gila kuasa..




"post ini tidak ada kena mengena dgn hidup ataupun yang telah mati"..

As a leader,kita perlulah memikirkan anak-anak buah dibawahnya..begitulah dengan org2 yang bekerja dibawah..we must respect each..it's one of the way to build a dynamic group...

Tanggungjawab menegur dan nasihat..jgn biarkan mereka terus leka dengan kesalahan masing-masing..semua manusia ada kelebihan dan kelemahan masing2..

Tanggungjawab lazimnya dikaitkan dengan persaan humble..humble is a quality of not thinking they are better than other...maksud nya bila kita rendah diri kita tak kisah atau terbuka dengan nasihat atau teguran orang lain..so that,scara tidak langsung kita boleh improve skill or kelebihan yang kita ada..tidak semua apa yang kita buat tu betul..kita janganlah jadi cermin untuk diri sendiri..

Setiap manusia yang bernafas di atas bumi ini,mempunyai tugas masing2..sudah tentulah ada perbezaan dalam setiap tugas..so,janganlah kita sewenang-wenangan complain 'kau ni buat kerja tak betul''macam siput la kau buat''ala setakat buat benda ni aku boleh'..tahukah kita kepayahan nak buat kerja tu??penat ke tidak??kecuali kalau kita sendiri yang duduk tempat tu..kenapa tidak kita menghulurkan bantuan as a team work..

As a conclusion, Seantero umat manusia bertanggung jawab terhadap tugas yang diembannya dan tugas itu akan diminta pertanggungjawabannya di hadapan ALLAH kelak di hari pembalasan.

Wednesday, 15 June 2011

Debaran Semakin Hampir!!



Assalamualaikum..semakin hari semakin pantas masa berlalu.Latihan demi latihan telah dijalankan demi memantapkan setiap gerak dalam lakonan..
setiap detik umpama menghambat kami..debaran kian hampir..semua yang terlibat tidak cukup tangan
mengerah keringat semata-mata untuk memastikan kejayaan teater mahsuri ini..
Khabarnya artis-artis seperti lan kristal,khai,rosma dan salima bakal bekerjasama dalam menimplementasikan teater ini..malah sokongan dari mereka dapat membangkitkan
semangat kami..nampaknya agenda kami untuk mempersembahkan teater ini dalam konsep ekperimental bakal berhasil..Alhamdulilllah..
Hingga ke saat ini semakin ramai pelajar AUCMS menawarkan diri untuk berkolaborasi dalam  produksi kami..

Monday, 6 June 2011

DENGKI BERDARAH!!!!!

Ada apa dengan DENGKI??envious?jealous?hasad?semuanya membawa satu maksud yang sama.sifat tidak senang atau gelisah dengan kesenangan seseorang
dan berharap agar nikmat itu hilang darinya.Sifat dengki ini bukan saja akan membawa padah kepada diri sendiri malah seantero umat manusia..



Antara alam dan maya,kemaslahatan DENGKI sudah menjadi virus dalam hati dan seterusnya menjadi'barah' jika tidak dicegah..
kadang-kadang orang hanya pandai comment dan mengata yang bukan-bukan..pernahkah kita cermin diri?apa silap nya kita?apa kurangnya kita?kenapa orang lain dapat
lebih dari kita?bergunungkah usaha kita?tepuk dada tanya iman..


berdasarkan pemahaman yang telah dianalisis selepas pembacaan skrip dan cerita mahsuri,watak Che som isteri kepada Dato' Laksamana yang dahulunya menagih KASIH MAHSURI..menyimpan dendam dan iri
hati terhadap mahsuri.Che SOM terkenal dengan sifatnya yang bengis,batu api,pendendam dan suka menlaga-laga kan sesiapa saja..


Sesiapa sahaja yang mengkaji watak ini tentu terdetik rasa benci serta geram kepada CHE som..
dihatinya penuh dendam kesumat..tanpa ade secebis pun rasa belas kasihan..

Wednesday, 1 June 2011

BERMULAlah SEBUAH PENGEMBARAAN

Assalamualaikum..
Detik bermulalah perjalanan kami sebagai 'pengembara'alam MAHSURI..TEATER MUZIKAL MAHSURI ini berkisar sekitar
tahun pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797).Malam ini kami telah didedahkan tentang
plot dan karekter-karekter yang terkandung dalam skrip 'MAHSURI'.


MAHSURI sering sekali dikaitkan dengan 'sumpah tujuh keturunan'.Kami amat teruja dan tak sabar-sabar untuk bersinergi mengimplementasikan
teater muzikal MAhsuri ini..'no body is perfect'dengan istilah ini kami sedaya upaya cuba memainkan watak-watak dengan penuh 'perasaan'..

pada malam INI,kami berusaha mem'balance'kan secretion of hormone kami..hehehe..mana tak nya kami bermain dengan emosi;marah,sedih,geram,
rayu dan bermacam-macam lagi.

At least but not least,kami bersedia GEGAR PULAU PINANG!!!impian kami ialah untuk beraksi di pentas ISTANA BUDAYA..AMIN!!!!